Sunday, June 2, 2013

APAKAH PENGHALANG MUSTAJABNYA DO`A


Oleh Mujahid

Jika kita pernah berbuat salah dengan seseorang, sehingga ia jadi marah manakala kita tidak pernah memohon maaf diatas kesalahan kita itu. Kemudian pada masa yang lain, kita datang bertemu dengannya minta itu dan ini, apakah orang itu mahu menunaikan permintaan kita atau tidak? Sudah tentu jawapannya tidak, bahkan silap-silap kita dimaki hamun olehnya.

Itu hubungan kita sesama manusia. Apatahlagi hubungan kita dengan Allah taala. Jika masih ada dosa-dosa lalu yang belum kita mintak ampun dan bertaubat, tiba-tiba sekarang kita berdoa kehadiratNya minta itu dan ini, nescaya Allah swt melempar kembali doa tersebut ke muka kita. Bagaimana dalam keadaan Allah swt murka kepada kita, tetiba kita mintak macam-macam dan mengharapkan Allah mengabulkan permintaan kita tu......

“Begitu jugalah adik-adik yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Jika Allah murka kepada kita, kerana adik-adik melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah swt seperti ; meninggalkan solat atau dosa yang sangat dimurkaiNya yakni menyakiti hati kedua orangtua, menipu ibu-bapa dan sebagainya, kemudian malam ni adik-adik solat hajat mintak kejayaan dalam UPSR nanti...............agak-agak Allah makbulkan,tak?” Semua pelajar-pelajar yang hadir untuk solat hajat malam itu menjawab serentak: Tidakkk....!

“Sebab itu, malam ni sebelum tidur adik-adik hendaklah bersalaman dengan emak ayah, cium tangan mereka, mintak ampun di atas segala dosa dan kesalahan, barulah Allah akan `layan` doa adik-adik. Barulah Allah sayang kita. Bila Allah sayang kita, apa yang kita mintak akan dikabulkannya. Boleh buat tak, adik-adik? Bolehhh.....!! Semua calon UPSR menjawab serentak dengan semangat dan keyakinan yang begitu tinggi.

Begitulah muqaddimah yang mujahid sampaikan kepada pelajar, guru-guru dan ibubapa yang hadir dalam acara solat hajat pada malam itu. Acara tersebut diadakan di dewan kantin Sek Ren Inderapura. Ramai pelajar (calon UPSR) dan ibubapa yang hadir, semata-mata nak solat hajat demi kejayaan anak-anak mereka.

Mujahid mengetuai bacaan Yasin, memberikan sedikit tazkirah sementara menunggu masuk waktu isya`. Ketika do`a seusai solat isya`, Mujahid memimpin doa munajat mohon keampunan dan kejayaan khususnya untuk calon UPSR. Hujan turun dengan lebat. Kebetulan suara guruh dan petir mengiringi doa dan munajat. Tidak ada jiwa yang tidak takut mendengar gegak gempita petir tersebut. Alhamdulillah, ada juga ibubapa yang menitiskan airmata ketika munajat dipanjatkan. Mudah-mudahan itulah air mata istigfar dan keinsafan yang bakal mengundang rahmat Allah swt

“Kepada ibubapa pun begitu juga....”Mujahid melanjutkan lagi tazkirah.

“Kalau ibubapa ada kesalahan-kesalahan yang lalu, pernah berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah taala, tiba-tiba malam ni nak mintak Allah berikan kejayaan pada anak-anak kita.......kita bimbang Allah gantung dulu doa kita. Rasulullah saw pernah bersabda:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu diharamkan rezqi buatnya (kejayaan), disebabkan dosa-dosa yang dilakukannya...”

Begitu juga terdapat dalam suatu hadis yang sahih menyebutkan:

“ Wahai manusia, serulah manusia agar berbuat kebaikan, dan cegahlah manusia daripada melakukan kemungkaran, sebelum kamu berdoa, kami tidak memustajabkan doa-doamu, dan, sebelum kamu mintak ampun, Aku tidak ampunkan dosa-dosa kamu lagi......”
Jadi, dosa-dosa itu adalah penghalang utama kita nak membina kejayaan. Dosa-dosa itu menyebabkan kita semakin jauh dari Rahmat Allah taala. Manakala istigfar dan taubat menjadi sebab kita semakin hampir dengan Allah taala.

Sebab itu, sebelum kita memulakan solat hajat, alangkah baiknya jika kita menunaikan solat taubat terlebih dahulu. Istigfar dan bertaubat dengan hati yang penuh khusyuk kehadrat Allah azza wajalla. Kemudian, barulah kita mintak dikurniakan kejayaan demi kejayaan dalam hidup kita di dunia dan juga diakhirat.

“Kesimpulannya, emak-bapak perlu selesai dengan Allah, dan juga sesama manusia. Anak-anak juga perlu sering mintak maaf dari emak-bapak, jangan menipu, ibubapa perlu dihormati dan disanjungi.......” Sambung Mujahid lagi.

PERBETULKAN I`TIQOD TENTANG SUROH YASIN

“Kenapa apabila nak baca Yasin, kita longgokkan berbagai bekas air ditengah-tengah halaqah. Ada yang bawa botol besar, botol kecil, bawa baldi pun ada.......dan semua penutupnya dibuka. Kenapa? Tetapi, bila kita baca suroh lain, semua angkat balik bekas-bekas botol tu. Seolah-olahnya ada nas yg menyatakan: hanya suroh Yasin saja yang perlu letak air ditengah-tengah, boleh bawa berkat!.

Suroh lain tak hebat ke? Barangsiapa baca suroh alBaqarah/Imron kata Ibnu Kathir; syaitan akan keluar dari rumahnya. Kan hebat tu. Rasulullah saw baca suroh Ar Rahman, jin kafir boleh masuk islam. Kan hebat. Fatimah baca suroh Taha, Umar boleh masuk islam. Kan hebat. Kenapa hanya suroh Yasin yang kita nampak hebat?

Mari perbetulkan i`tiqod ttg suroh Yasin:

1.       Ada yang mengatakan Yasin adalah hati Quran dengan membawa hadis yang dikatakan sahih.
إن لكلِّ شئٍ قلباً وإن قلبَ القرأن يس, ومن قرأهافكأنما قرأالقرأن عشر مرًّات
“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu ada hati, dan sesungguhnya hati alQuran itu adalah Yasin, barangsiapa yang membacanya seolah-olah dia membaca alQuran sepuluh kali”
Hadis ini maudhu` (palsu) kerana ada seorang perowi bernama Muqotil b Sulaiman, suka memalsukan hadis, Jumhur ulama` mengatakan beliau pendusta.

جمهور من أهل الحديث وهو كذَّاب.
“Jumhur ulama dari kalangan ahli hadis mengatakan bahawa Muqotil bin Sulaiman itu pembohong”

Bila ditanya kepada Muqotil kenapa membuat hadis-hadis palsu berkenaan fadhilat membaca suroh Yasin, dia menjawab: Sekadar nak galakkan orang rajin baca Quran.

Walau bagaimana pun hadis mengenai YASIN ITU HATI QURAN terdapat di banyak tempat. 

Hadis ini terdapat diantaranya dalam:

  1. Sunan At Turmudzi
  2. Sunan Ad Darimi
  3. Tafsir Ibni Kathir
  4. At Tahzib oleh Imam Ibnu Hajar
  5. Ibnu Hathim
Mujahid maksudkan, nak baca Yasin silakan; ia qalam Allah, tetapi perbetulkan i`tiqad ttg yasin, bahawa Yasin lebih Afdhal drp suroh-suroh yg lain. Suroh-suroh lain juga punya banyak kelebihan. Pasal apa orang melayu baca Yasin letak air, baca suroh Baqoroh takda air? Apa beza Baqoroh dengan Yasin? Air waqi`ah takda? Air Imron takda?

Ibnu Kathir ada membawa 10 Fadhilat membawa Yasin dan menghimpunkan kelebihan-kelebihan bacaan suroh Yasin dalam kitabnya. Dan usaha ibnu Kathir ini dikritik hebat oleh para ulama terutamanya dari kalangan ahli-ahli hadis.

Tafsiran Ibnu Kathir mengenai suroh Yasin tu memang diakui oleh jumhur ulama memang tepat, tapi hadis-hadis yang menceritakan kelebihan baca Yasin itu adalah palsu. Inilah hakikat yang sebenarnya. Asalkan manusia, memang ada kelemahan-kelemahannya, itulah yang berlaku kepada ulama-ulama terdahulu. Cuma, mereka berijtihad menurut ilmu dan iman mereka. Kalau betul dapat dua pahala, kalau salah, mereka dapat satu pahala. Dan kalau kita ikut, sedangkan dah tahu salah, kita takdapat apa-apa. Ibnu Kathir adalah seorang ahli tafsir alQuran bukan pakar dalam bidang hadis.

Jadi, perbetulkan i`tiqod kita ttg Yasin. Tak semestinya Yasin dibaca malam Jumaat saja, malam lain pun takpa. Nabi saw galakkan kita baca suroh alKahfi pada malam Jumaat. Adalah bid`ah jika kita mengatakan Yasin hanya disyariatkan membacanya pada malam jumaat sahaja, malam lain tak boleh.

Con: Nak dapat kerja, sebelum interview baca Yasin, SPM takda pun takpa!

   1.  Bacaan Yasin memudahkan keluar roh pada org nak mati

  Ada Satu hadis riwayat drp Ummu Darda`:

“Mana2 mayat yg dibacakan Suroh Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan  kematiannya”. Sebenarnya hadis tersebut tidak sahih.

  2.  Orang yang nak mati mesti dibacakan Yasin, ini i`tiqod yang salah. Dalam hadis yang
       soheh nabi saw perintahkan: “Talqinkan lailaha illah pada orang yang nak mati......”

  3.  Baca Yasin pada mayat, maka orang itu akan dapat syafaat. Inipun datang dari nas    
       yang tidak jelas statusnya.

Kesimpulannya, bukan salah pada Suroh Yasin, tapi salah pada i`tiqod pembacanya. Haram hukumnya menyandarkan amalan ibadah kepada apa yg tidak disyari`atkan Allah, dan tidak didatangkan melalui sunnah nabi saw. Sesuatu amalan yang tidak ditunjukajarkan oleh nabi saw adalah tertolak, sia-sia sahaja.


Terima kasih kepada penganjur, Tuan Guru Besar, guru-guru, dan tidak lupa Encik Mohamad Sabuddin Akub, Pegawai Penerangan JASA DUN Inderapura yang sentiasa berhubung dan menguruskan penceramah disepanjang perjalanan program.

No comments:

Post a Comment