Sunday, June 2, 2013

APAKAH PENGHALANG MUSTAJABNYA DO`A


Oleh Mujahid

Jika kita pernah berbuat salah dengan seseorang, sehingga ia jadi marah manakala kita tidak pernah memohon maaf diatas kesalahan kita itu. Kemudian pada masa yang lain, kita datang bertemu dengannya minta itu dan ini, apakah orang itu mahu menunaikan permintaan kita atau tidak? Sudah tentu jawapannya tidak, bahkan silap-silap kita dimaki hamun olehnya.

BERMAZHAB SYAFI`EKAH KITA?



Oleh Mujahid
Mujahid agak tertarik membaca penulisan artikel Mohd Yaakob Mohd Yunus dalam ruangan Cetusan dan pandangan dalam Sinar Harian Pahang ms N15, bertarikh 29 November, 2009. Memang dah lama benar Mujahid ingin melontar idea-idea yang serupa beliau, tapi tak tahu nak mula dari mana. Bagi Mujahid, lontaran idea beliau adalah mewakili kolompok-kelompok yang selama ini sering dituduh sebagai Wahabi. Dan, perlu diketahui bahawa kelompok Wahabi adalah kelompok yang telah difatwakan oleh JAKIM, IKIM, YADIM sebagai kelompok yang sesat, terkeluar dari kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah.