Thursday, April 3, 2014

HUKUM MEMBACA SURAH AL FATIHAH KEPADA ORG ISLAM YANG MENINGGAL DUNIA


Disusun Semula Oleh Drs Norazli Bin Aziz update 04.04.2014

Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah 
menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji'uun. 
Namun adakah tidak boleh membaca surah al 
Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila 
mendengar perkhabaran kematian mengenainya ?


Jawapan :

Oleh : Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa'adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, pakar feqh di Iraq)

Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya 
dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan
 ketika solat jenazah. 

Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya 
DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati
 dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca 
al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai
 satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), 
As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat. 

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan 
orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah 
tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah 
yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah 
berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. 
Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah 
semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi 
faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.

Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan 
termasuk di dalam kaedah : "Buatlah kebaikan, 
semoga kamu berjaya" وافعلوا الخير لعلكم تفلحون

Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang 
telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid'ah di dalam 
agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira 
sebagai bid'ah SEKIRANYA kamu melakukannya, 
kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah 
sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mengatakan 
RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah melakukan yang 
demikian atau berkata " Rasulullah sallaLLahu 'alaihi 
wasallam telah bersabda : "Lakukan seperti berikut.." 
kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah 
sallaLlahu 'alaihi wasallam.

TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang 
umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan 
masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi 
keizinan tersebut. WaLlahua'lam.

Sumber Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, 
Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum 

No comments:

Post a Comment